SEORANG anggota polis disiasat atas dakwaan ditangkap khalwat bersama seorang wanita. Kejadian itu melibatkan seorang anggota polis di Bima, Nusa Tenggara Barat di Indonesia. Dalam insiden pada Ahad malam, anggota polis berkenaan ditangkap khalwat oleh isterinya sendiri. Lelaki itu dikatakan sedang berdua-duaan dengan wanita lain di sebuah rumah sewa di Bima. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki 'tangkap' isteri di bilik ada hubungan sulit dengan polis, skandal berstatus suami orang Ketua Bahagian Operasi Polis Bima, Kompol Herman berkata, siasatan terhadap anggota tersebut dilakukan sejak Isnin. Herman menegaskan bahawa jika anggota berkenaan terbukti melanggar tatatertib atau melakukan jenayah, maka tindakan wajar akan dikenakan. Namun, status mengenainya masih belum diputuskan kerana siasatan sedang berjalan. "Kes masih dalam siasatan," katanya. - Kompas Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI