SEPERTI yang kita semua tahu, sijil kematian adalah dokumen yang hanya dibuat dan dikeluarkan apabila seseorang meninggal dunia. Namun lain pula hal berlaku di India, baru-baru ini. Sebuah iklan di akhbar mencetuskan reaksi bercampur daripada netizen selepas seorang lelaki bertindak mengiklankan kehilangan sijil kematiannya bagi meminta bantuan ramai. Dalam iklan yang kini viral itu, lelaki tersebut menyatakan bahawa dia kehilangan sijil kematiannya di Bazar Lumding Assam pada 7 September lalu. Dia juga memberikan butiran lain seperti nombor pendaftaran dan nombor siri sijil kematiannya itu, bersama nama dan nama bapanya. "Saya telah kehilangan sijil kematian saya di Lumding Bazar (di Assam) bertarikh 7 September 2022," demikian papar iklan berkenaan. Gambar iklan tersebut dimuat naik di Twitter oleh pegawai Perkhidmatan Polis India (IPS) Rupin Sharma, dan mencetuskan 'kekecohan' di media sosial. "Ia hanya berlaku di India," tulisnya pada kapsyen perkongsian itu. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI