suria

Lelaki menang loteri luah rasa ‘fed up’, ramai datang minta sumbangan selepas jadi orang kaya

Anoop berkata keluarganya telah berpindah dari rumah untuk melarikan diri daripada perhatian orang ramai.

DENGAN sekelip mata sahaja lelaki ini bertukar status menjadi jutawan.

Anoop, seorang lelaki dari negeri selatan Kerala, India telah memenangi 250 juta rupee (RM14 juta) dalam loteri kerajaan negeri pada awal September.

Namun, lelaki yang bekerja sebagai pemandu itu mengakui dirinya berasa menyesal setelah memenangi wang tersebut

Menurut BBC, Anoop mengatakan ramai datang bertandang ke rumahnya untuk meminjam duit serta mengaku mereka adalah saudaranya.

Akui dirinya rimas dengan situasi itu, dia memuat naik sebuah video dan meminta orang yang tidak mengenalinya supaya tidak menganggu dia dan keluarga.

“Saya rasa lebih baik tidak menang dan mungkin tempat ketiga lebih baik,” luahnya dalam video tersebut selepas seminggu diganggu oleh orang ramai.

Anoop berkata, dia menggunakan wang simpanan anaknya pada 17 September lalu iaitu sehari sebelum dia pulang terbang ke Malaysia untuk bekerja bagi membeli tiket loteri.

Apabila berita kemenangannya menjadi tular, malah mendapat liputan seluruh dunia, keluarganya kini menjadi tumpuan sehingga membuatkan mereka tidak boleh pergi ke mana-mana.

“Saya tidak boleh keluar rumah, saya tidak boleh pergi ke mana-mana. Anak saya sakit dan saya tidak boleh membawanya ke doktor,” kata Anoop.

Dalam pada itu, Anoop berkata dia mempunyai perancangan untuk berpindah rumah bagi mengelak diganggu dan menjadi perhatian ramai. - BBC

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain