suria

Hamba seks berjaya larikan diri, menangis tapi tak keluar air mata selepas lama terseksa

Haslett telah ditangkap pada 7 Oktober dalam perjalanan pulang dari membawa anaknya ke sekolah.

SEORANG hamba seks didakwa melarikan diri daripada terus diseksa penculiknya dalam keadaan memakai pakaian dalam lateks dan kolar logam.

Malah, suspek yang mendera mangsa ini juga dikatakan membunuh dua lagi rakannya.

Polis kini mengesahkan mereka sedang menyiasat sama ada lelaki berasal dari Missouri, Timothy Haslett, 39 turut membunuh wanita lain.

Minggu lalu, mangsa Haslett yang didakwa mencuba mengambil peluangnya untuk melarikan diri dari rumah mengerikan itu ketika suspek membawa anaknya ke sekolah.

Wanita ini berlari keluar dari rumah sewa itu 'berkaki ayam' dan masih berdarah.

Dia mendakwa dia ditahan di dalam rumah di Excelsior Springs, Missouri, Amerika Syarikat, dan berulang kali disebat dan dirogol.

Remaja berusia 22 tahun yang kurus kering itu melarikan diri ke rumah jururawat Lisa Johnson, 41.

“Dia memakai gaun lateks hitam sangat pendek, kelihatan terbuka di beberapa tempat. Daripada luarannya, anda boleh melihat dengan jelas apa yang telah dia lalui," kata Johnson kepada Daily Mail.

“Tiada air mata. Sejujurnya saya percaya dia terlalu dehidrasi untuk menghasilkannya,” jelas Lisa.

Dia kemudian pergi ke rumah jiran sebelah Ciara Tharp, 39, di mana neneknya menjaga anak lelakinya yang masih kecil.

"Dia [nenek saya] membuka pintu dan gadis itu berlari dan berkata: 'Anda perlu membantu saya, saya telah ditahan, dirogol jadi anda perlu membantu saya. Dia akan bunuh saya,'" kata Tharp kepada Daily Mail.

Polis Excelsior Springs pada mulanya berkata mereka tidak mengetahui sebarang mangsa lain, tetapi kini seorang jurucakap telah mengesahkan kepada Daily Mail bahawa mereka sedang menyiasat tuduhan itu.

Haslett telah ditangkap pada 7 Oktober ketika dalam perjalanan pulang dari membawa anaknya ke sekolah.

Mangsa memberitahu polis bagaimana dia telah diculik olehnya di Prospect Avenue di Kansas City, merupakan kawasan yang terkenal dengan pelacuran.

Pendakwa raya, Clay County telah mendakwa bekas pekerja pembinaan kereta api itu dengan rogol peringkat pertama, penculikan peringkat pertama dan serangan peringkat kedua.

Namun, dia mengaku tidak bersalah pada 11 Oktober dan kini ditahan dengan denda $500,000 (RM2,351,000). -Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain