suria

Pelanggan kempunan rider ‘rembat’ makanan dipesan, tambah bengang baca mesej dihantar

Seorang pelanggan meluahkan rasa kesal apabila makanan yang dipesannya 'dirembat' oleh rider.

TEMPOH menunggu selepas makanan kegemaran dipesan dari aplikasi sememangnya menduga kesabaran.

Tetapi bayangkan jika anda akhirnya langsung tidak menerima makanan itu selepas lama menunggu dan itulah yang terpaksa dihadapi seorang lelaki baru-baru ini.

Lebih malang nasibnya, dia bukan sahaja kempunan tidak dapat menikmati makanan dipesan, tetapi turut mendapat kiriman teks mengejutkan daripada penghantar makanan.

Paparan skrin yang dikongsi di Twitter oleh @BodyBagnall menunjukkan perbualannya di aplikasi penghantaran makanan Britain, Deliveroo.

Perbualan bermula dengan permohonan maaf daripada penghantar.

Apabila ditanya apa telah berlaku dan mengapa dia meminta maaf, penghantar menjawab: "Makanan ni sangat sedap. Saya makan, anda boleh lapor kepada Deliveroo."

Pelanggan itu membalas dan berkata: "Anda seorang lelaki yang mengerikan."

ARTIKEL BERKAITAN: Lima minit rider kena ‘sidai’ masa hujan lebat, ribut petir... Pelanggan buat apa dalam rumah? Nasib baik jiran buka pagar ajak berteduh

Budak penghantar itu membalas: "Saya tak kisah."

Perbualan itu disiarkan dengan kapsyen: "Pemandu Deliveroo jadi penyangak pagi ini."

Perkongsian itu menarik perhatian individu yang pernah mengalami pengalaman serupa menerusi aplikasi sama.

Seorang pengguna menulis: "Jangan harap @Deliveroo akan buat apa-apa mengenainya, saya telah tamatkan akaun saya dan padam aplikasi ini."

Seorang pengguna pula bersimpati dengan penghantar dan menulis: "Sedih tetapi ramai penghgantar ini dibayar kurang dari £4 (RM22) untuk setiap penghantaran, adakala mereka perlu menunggu 30 minit di restoran, ditambah isu trafik dan bermacam lagi seperti pesanan yang hilang. Kita dapat lihat sebahagian daripada mereka jadi penyangak dan UK tak ada mentaliti beri tip seperti Amerika Syarikat."

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain