suria

Wanita usia 67 tahun hamil selepas tiba-tiba datang haid, gembira anak dah umur 3 tahun

Warga emas itu tiba-tiba datang haid dan hamil pada usia 67 tahun.

SEPASANG suami isteri berusia 70-an yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ketiga anak mereka secara tidak langsung menggembirakan jutaan warga sosial.

Si suami yang berusia 71 tahun dan isterinya, 70, berkongsi video sambutan hari lahir anak perempuan mereka, Huang Tianci, lapor Star Video.

Menerusi klip video tular, bapa yang berambut kelabu dilihat memegang anak perempuannya sambil duduk di sebelah isterinya, yang menggunakan nama keluarga Tian, dalam satu majlis di sebuah restoran tempatan.

Pasangan bahagia dari wilayah Shandong, timur China, itu kedua-duanya mempamerkan senyuman berseri-seri.

“Selamat hari lahir, Tianci,” kata pasangan itu sambil ibunya menambah, 'semoga dia membesar dengan sihat'.

Walaupun mempunyai cucu yang sudah dewasa, kehadiran anak perempuan yang tidak dijangka ketika usia lanjut tetap membuatkan mereka gembira.

Mereka menyifatkan cahaya mata itu sebagai anugerah.

ARTIKEL BERKAITAN:Hampir setahun nenek ‘pergi’, cucu kesayangan pula menyusul... Cerita kebaikan arwah undang sebak pasukan urus jenazah

Laporan berita itu tidak mendedahkan butiran tentang keluarga besar pasangan itu atau perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, difahamkan kisah ini bermula tiga tahun lalu ketika Tian menjadi pekerja perubatan.

Sebelum bersara, dia memutuskan untuk menjalani terapi perubatan Cina.

Tian terkejut apabila dia datang haid semula diikuti kehamilan secara tidak sengaja ketika berusia 67 tahun pada 2019.

Walau mendapat tentangan daripada anak-anak, pasangan ini nekad untuk melahirkan juga bayi itu.

Mereka menamakannya Tianci yang bermaksud 'pemberian daripada dewa' dalam bahasa Cina. - SCMP.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain