BERPANTANG maut sebelum ajal. Itulah pepatah sesuai bagi menggambarkan situasi yang dialami seorang pekerja pembinaan di Turkiye, yang hampir menemui ajal selepas sebatang bar keluli tertusuk pada mukanya. Celal Sayar, 39, mengalami kemalangan itu apabila dia terjatuh ke atas sebatang bar keluli di sebuah tapak pembinaan, yang kemudian menembusi tulang pipinya hingga ke belakang mata. Batang besi tersebut menembusi bahagian wajah malah nyaris menembusi otaknya beberapa sentimeter sahaja lagi. Gambar yang tular memaparkan Sayar terbaring dalam keadaan tidak bermaya di atas katil hospital dengan sebatang bar keluli terkeluar dari sebelah kanan mukanya. Pakar perubatan di hospital di Samsun berjaya mengeluarkan bar keluli itu dari muka Sayar. Lelaki tersebut kemudian dirawat di unit rawatan rapi hospital berkenaan. - Dailystar.co.uk Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI