SEBUAH pemilik kilang papan lapis terkejut apabila mendapati monyet sedang mencuri kamera litar tertutup (CCTV) di premisnya. Pemilik berkenaan mengatakan dia memasang CCTV itu untuk menjadi pemerhati kepada kawasan kilangnya jika berlaku sebarang pecah masuk. Tetapi lain pula ceritanya apabila CCTV yang menjadi barang dicuri si monyet. Pada mulanya, pemilik runsing memikirkan mengapa CCTV di premisnya mula hilang satu persatu, namun apabila diperiksa rakaman, pemilik terkejut untuk melihat dalangnya adalah seekor monyet. Dalam rakaman tersebut dapat dilihat muka monyet itu betul-betul di hadapan lensa kamera sedang cuba menarik keluar CCTV itu daripada soketnya sebelum isyarat mula hilang. Pemilik itu dilaporkan telah kehilangan sebanyak 13 CCTV dan rakaman yang diambilnya telah tular di media sosial. Kilang papan lapis itu terletak di Kanyakumari, India. - India Times Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI