suria

Budak 10 tahun tembak mati ibu kandung sebab tak belikan permainan VR

Seorang anak menembak ibunya kerana enggan membeli set kepala VR. foto GoFundMe / Future Publishing

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun menembak mati ibunya gara-gara enggan membeli set kepala realiti maya (VR).

Dalam kejadian di Wisconsin, Amerika Syarikat, kanak-kanak itu ditahan di pusat tahanan juvana selepas didakwa membunuh.

Pendakwa raya memberitahu, sehari selepas tragedi itu, kanak-kanak lelaki berkenaan menggunakan akaun Amazon ibunya yang sudah meninggal dunia dan menempah set kepala VR yang diingininya.

Budak lelaki itu pada mulanya memberitahu pihak polis bahawa dia mengambil pistol dari bilik tidur ibunya pada pukul 7 pagi, 21 November sebelum dia turun ke ruang bawah tanah ketika ibunya yang berusia 44 tahun sedang mencuci pakaian.

Dia kemudian secara tidak sengaja menembak ibunya.

Bagaimanapun, sehari kemudian, dia mengubah ceritanya dan mengaku menembak mati ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara cemburu, lelaki tembak kemaluan suami baharu bekas isteri... hanya ketawa ketika disoal siasat

Selepas membunuh ibunya, dia juga telah menyerang sepupunya yang berusia tujuh tahun.

"Saya betul-betul minta maaf atas kejadian yang berlaku. Saya minta maaf kerana membunuh ibu saya," katanya.

Selepas disoal siasat, kanak-kanak itu memberitahu dia mengacukan pistol ke arah ibunya dan cuba menembak dinding untuk 'menakutkan' ibunya, tetapi tembakan terkena mangsa.

Menurutnya, dia melakukan perkara itu kerana ibunya enggan membelikannya set kepala VR tersebut.. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain