suria

Angkara hutang, petani cedera parah ditetak rakan... Suspek ditahan selepas dua jam kejadian

Suspek ditahan kira-kira dua jam selepas kejadian.

BERANG diejek kerana hutang, seorang petani cedera parah di kepala selepas ditetak rakannya menggunakan sebilah parang.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada jam 2 petang di Bandung Barat Indonesia, pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Leher tembus, ditikam trisula berusia 150 tahun... Pakar bedah hairan tiada kesan cedera, "Tikaman terlepas semua organ penting"

Menurut Ketua Bahagian Padalarang, Kompol Darwan, kedua-dua individu terlibat saling mengenali dan bekerja sebagai petani.

"Parang yang dibawa suspek pada awalnya adalah untuk tujuan bertani. Namun disebabkan berang, dia menggunakannya untuk mencederakan mangsa.

"Pada masa kejadian suspek sedang mengambil anak benih pokok dan melintasi mangsa sebelum diejek dengan kata-kata 'ke sini kamu, katanya saya susah bayar'.

"Pun begitu, selepas ditanya siapa yang berkata demikian... mangsa tidak memberikan jawapan," jelasnya.

Tambahnya, akibat tidak berpuas hati, suspek cuba menampar mangsa tetapi terjatuh.

"Dia kemudian bangun semula sambil menghayunkan parang yang dibawa sehingga terkena pada bahagian kepala mangsa.

"Susulan insiden tersebut, suspek melarikan diri. Dia bagaimanapun berjaya ditangkap pasukan Padalarang kira-kira dua jam selepas kejadian," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain