suria

Jiran mengadu bau busuk, mayat wanita ditemui dimakan anjing peliharaannya

Mayat Ana Inés de Marotte dimakan lima anjing peliharaannya.

MAYAT seorang wanita ditemui telah dimakan anjing di rumahnya sendiri, berikutan aduan tentang bau busuk oleh jiran terdekat.

Ketika memasuki rumah tersebut pada 31 Disember, mereka menemui mayat Ana Inés de Marotte, yang sebahagiannya telah dimakan oleh lima ekor anjing miliknya.

Polis dipanggil ke sebuah rumah di kawasan kejiranan Lapangan Terbang, di bandar Santa Rosa, Argentina berikutan laporan jiran mengenai "bau mual" yang datang dari rumah itu selama seminggu.

Kejadian berlaku di Santa Rosa, Argentina.

Wanita berusia 67 tahun itu telah diisytiharkan hilang pada minggu kedua Disember, tetapi ditemui di Sanatorium Santa Rosa dan dibebaskan pada hari yang sama.

Bagaimanapun, selepas dia keluar, Marotte kembali ke rumahnya dan ditemui mati seminggu kemudian dengan anjingnya terperangkap di dalam rumah bersamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dianggap miliki senyuman menyeramkan, akhirnya ada yang sudi bela anjing sumbing ini

Menurut pesuruhjaya Fernando Martín Cortez, dari Bahagian Kedua Santa Rosa, melaporkan apabila memasuki sebuah bilik di rumah tersebut, pihak polis mendapati Marotte tidak bernyawa di atas lantai.

Menurut akhbar tempatan, Cortez menjelaskan bahawa wanita itu telah pergi ke Sanatorium Santa Rosa untuk merawat keadaan perubatan, dan dia sendiri telah dimasukkan tanpa mempunyai saudara mara di bandar itu.

Pendakwaraya Óscar Alfredo Cazenave mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat jantung terhenti mengejut atau sudden cardiac arrest (SCA) dan anjing itu telah memakan sebahagian muka dan telinga selepas kematiannya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain