suria

Bukan dipaksa, nenek akui hasil lumayan mandi lumpur di TikTok... tetap syarat untuk berhenti

Seorang nenek mandi lumpur sambil bersiaran langsung di TikTok.

SEORANG nenek yang tular kerana mandi lumpur ketika bersiaran langsung di TikTok, menetapkan syarat sekiranya mahu dia berhenti berbuat demikian.

Wanita berusia 55 tahun dari Setanggor di Lombok, Indonesia, Layar Sari meminta kerajaan supaya membiayai kos sara hidupnya.

"Kalau betul-betul mahu berhenti mandi lumpur, Bu Risma (Menteri Hal Ehwal Sosial), gabenor membantu kami mencari nafkah,” kata Sari ketika ditemui selepas bersiaran langsung, pada Khamis.

Sari berkata, dia mudah mendapat wang semasa bersiaran langsung di TikTok dan hasilnya juga lumayan.

Wang itu kemudian digunakan untuk keperluan isi rumah dan menghantar anak-anak ke sekolah.

"Untuk tujuan yuran sekolah, bayar hutang, keperluan dapur rumah,” kata Sari.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengemis 'gifts' di TikTok, lelaki ini tergamak rendam ibu bapa sendiri dalam air kolah! Suruh kerja tak mahu, tapi minta duit

"Kaedahnya dibahagi dua daripada hasil live TikTok, pemilik akaun dapat separuh, saya dapat separuh. Rp 9 juta (RM2,556) lagi sepanjang live ini," tambah Sari.

Dalam pada itu, Sari menafikan apa yang dilakukannya adalah sehagian daripada mengemis.

Dia juga menafikan bahawa dirinya dipaksa berbuat demikian.

Sari menegaskan, mandi lumpur semasa TikTok merupakan kemahuannya.

"Yang namanya mengemis, maksudnya kita pergi mengemis, datang ke rumah orang sambil menadah tangan.

"Sejujurnya, saya tidak pernah dipaksa, saya sukarela buat perkara ini.

"Saya ke sini minta bekerja sebagai pelakon mandi lumpur. Semalam polis menyangka kami dipaksa," kata Sari. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain