suria

Penemuan misteri... 49 azimat berharga dalam mumia Mesir berusia 2,300 tahun

Pembukaan mumia Mesir secara 'digital'.

PENYELIDIK Mesir menemui sebanyak 49 azimat berharga dalam mumia berusia 2,300 tahun, dengan sebahagiannya diperbuat daripada emas.

Menurut Kementerian Pelancongan dan Antikuiti, penemuan itu dibuat menggunakan imbasan tomografi berkomputer untuk 'membuka' mumia secara digital.

Mumia yang berbalut sepenuhnya itu, adalah milik seorang budak lelaki berusia 15 tahun yang dikebumikan di tanah perkuburan Ptolemaic lewat sekitar 300 sebelum masihi (SM).

Ia ditemui di bandar Edfu di wilayah Aswan, Mesir pada 1916 dan sejak itu disimpan di Muzium Mesir di Kaherah.

Agensi berita Xinhua memetik kenyataan kementerian sebagai berkata pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Mumia Mesir 'dibuka' buat pertama kali, dedah rahsia 3,500 tahun

Proses pemeriksaan tidak bermula sehingga 2015, hampir satu abad selepas ia ditemui.

Menurut keputusan yang diterbitkan dalam majalah saintifik Frontiers in Medicine, enerusi pengimbasan CT, para penyelidik di Universiti Kaherah menjalankan 'pembukaan digital' bukan invasif yang mendedahkan mumia terpelihara dengan baik,

Hasil menunjukkan pengimbasan mengesan proses mumia berkualiti tinggi, termasuk penyingkiran otak dan visera, manakala jantung kekal di bahagian dada sebagai simbol rohani.

Menurut kenyataan itu lagi, di antara 49 azimat yang dikesan, 30 diperbuat daripada emas manakala yang lain daripada faience, batu atau tanah liat. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain