TRAGIS! Seorang buruh binaan dipercayai mengantuk dan tertidur sehingga menyebabkan dia terjatuh dari ketinggian puncak negara masjid. Insiden yang berlaku di Sulawesi Barat, Indonesia itu menyebabkan mangsa meninggal dunia ditempat kejadian pada 28 Februari lalu. Kejadian disaksikan oleh penduduk tempatan dan seorang rakan sekerja mangsa di masjid Kelurahan Mosso, Kecamatan Sendana Kabupaten Majene, Sulawesi barat, Indonesia. Menurut rakan sekerja, mangsa ketika itu sedang berada di bahagian atas masjid untuk memulakan proses mengecat. Kira-kira 15 minit kemudian dia mendapati mangsa tiba-tiba terjatuh dari puncak menara masjid pada ketinggian 10 meter. Dia pada mulanya sempat mengapai tangan rakannya untuk membantu namun mangsa terus jatuh terbaring sebelum berlumuran darah. Menurut dakwaan, lelaki tersebut mengesyaki rakannya tertidur ketika bekerja akibat berjaga malam sehingga jam 3 pagi sambil bermain telefon bimbit. Menurut ketua polis, mangsa dikejarkan ke hospital namun tidak berjaya diselamatkan. “Mayat mangsa akan dikebumikan di kampung halamannya,” katanya. Punca sebenar insiden masih lagi dalam siasatan. -KOMPAS Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube