suria

Mak nyah tikam kekasih, curi kad ATM... Mahkamah arah jalani hukuman di penjara lelaki

Jade dijatuhkan hukuman penjara selepas dia mengaku bersalah atas enam dakwaan.

SEORANG mak nyah dikenali sebagai Zara Jade dipenjara selepas dia menyerang kekasihnya yang juga seorang wanita.

Jade, 54, dari Halifax, West Yorkshire, mengaku bersalah menikam kekasihnya menggunakan pisau serta mengikat mangsa untuk tujuan penderaan.

Selain itu, Jade turut mengambil kad bank milik mangsa serta memaksanya menyerahkan kata kunci sebelum dia pergi ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang.

Jade, yang merupakan seorang transgender dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun selepas mengaku bersalah atas enam kesalahan serangan dan rompakan.

Dia bagaimanapun hanya akan menjalani hukuman penjara selama sembilan tahun di sebuah penjara lelaki selepas hakim menjatuhkan hukuman pada Isnin.

Dia juga diberi perintah larangan tanpa had yang melarangnya daripada berhubung dengan mangsa, tambah polis. - Mirror.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain