SEORANG wanita Rusia didakwa mengupah seseorang untuk membunuh anak perempuannya semata-mata bagi mendapatkan pangsapuri wanita itu. Wanita berusia 67 tahun dari Krasnoyarsk, Rusia, didakwa mengarahkan pembunuhan anak perempuannya yang berusia 48 tahun supaya dia boleh mewarisi pangsapurinya. Menurut penyiasat, pesara itu berkongsi niat buruknya dengan seorang kenalan tempatan yang memberitahu bahawa mereka mengenali seseorang yang boleh melakukan pembunuhan, dengan bayaran. Pada 19 April lalu, kenalan itu mengadakan pertemuan antara wanita itu dengan pembunuh di sebuah taman di Odesskaya Street, di bandar Krasnoyarsk, di mana mereka membincangkan butiran dan kaedah melakukan jenayah itu. Wanita itu didakwa berjanji untuk membayar pembunuh kontrak 80,000 rubel (kira-kira RM4,595) sebaik saja dia mengemukakan bukti pembunuhan itu. Bagaimanapun, bakal pembunuh itu, seorang lelaki tempatan, memaklumkan kepada polis dan memberitahu mereka tentang niat jahat wanita itu. Untuk mengumpul bukti yang diperlukan untuk sabitan, penyiasat memberitahu lelaki itu supaya terus memainkan peranan malah membantunya melancarkan pembunuhan itu. Selepas memberitahu mangsa berusia 48 tahun tentang niat ibunya, polis meminta sesuatu yang peribadi yang boleh ditunjukkan oleh pembunuh upahan kepada majikannya sebagai bukti kematiannya. Pada 3 Mei, pembunuh itu yang bertindak di bawah pengawasan penyiasat Rusia, memberitahu 'ibu penyayang' bahawa dia menyelesaikan kontrak, membunuh anak perempuannya dengan menikamnya berulang kali dengan pisau. Sebagai bukti perbuatan itu, lelaki itu memberikan beg anak perempuannya kepada suspek. Pada hari yang sama, wanita itu memindahkan upah00 rubel yang dijanjikan ke dalam akaun pembunuh bayaran. Setelah mengumpulkan semua bukti yang diperlukan, polis menahan ibu Rusia itu dan dia kini didakwa melakukan jenayah mebunuh. - The Eastern Herald Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube