SEORANG lelaki maut dilanggar sebuah kereta, hanya beberapa saat selepas dia berjaya membantu sekumpulan itik melintas di sebatang jalan raya yang sedang sibuk. Akibat rempuhan itu, mangsa, Casey Rivara, meninggal dunia di tempat kejadian. Lebih tragis, kemalangan maut itu berlaku di hadapan mata anak-anaknya. Seorang saksi berkata, pengguna jalan raya ketika itu bertepuk tangan dengan usaha Rivera membantu haiwan berkenaan melintas dengan selamat, sebelum dia dilanggar. "Ibu saya menurunkan tingkap dan berkata 'bagus... bagus' kepadanya namun selepas itu kedengaran bunyi hentaman. Saya lihat dia sudah terbaring," ujar saksi kejadian. Insiden malang itu berlaku di Stanford Ranch Road dan Park Drive, 22 batu di utara Sacramento, California, Khamis lalu. Sementara itu pihak polis berkata, insiden berkenaan masih dalam siasatan - Dailystar Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube