TRAGIS apabila seorang isteri dirompak dan diculik sebelum mayatnya ditemukan. Tragedi berlaku ketika suami mangsa pergi ke masjid untuk menunaikan solat subuh. Mangsa ditemukan mati pada Rabu di Kampung Penawar Rejo, Kecamatan Banjar Margo, Tulangbawang di Indonesia. Mangsa merupakan penduduk di Kampung Moris Jaya, dan lokasi penemuan mayat kira-kira 12 kilometer (km) dari kampung tersebut. Suami mangsa pulang ke rumah selepas solat subuh dan mendapati isteri dan kereta miliknya jenis Toyota Avanza tiada di rumah. Dia mengesyaki keretanya dicuri, manakala isterinya diculik perompak. Kereta berkenaan kemudian ditemui dalam keadaan kosong pada pukul 8 pagi dekat sebuah pasar. Mayat mangsa ditemukan lebih 50 jam kemudian di kawasan paya bakau, kira-kira 6km dari pasar. Polis mengesyaki ia merupakan kejadian samun kereta dengan mangsa dijadikan tebusan. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tulangbawang, AKP Wido Dwi Arifiya Zaen berkata, suspek perompak disyaki lebih seorang. Dia bagaimanapun menjelaskan kes tersebut masih dalam siasatan. - Tribun Medan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube