suria

Cubaan selamatkan kucing bertukar tragedi, wanita terperangkap di celah dinding - “Saya jerit tiada siapa dengar”

Wanita ini terperangkap di celah dinding ketika cuba menyelamatkan kucingnya.

NIAT murni seorang wanita untuk menyelamatkan seekor kucing menjerat diri apabila dia terperangkap di celah dinding ketika cuba mengeluarkan si bulus itu.

Nguyen Thi Thanh Hoa, 32, tersungkur masuk ke dalam celah ruang dinding yang berkedalaman 20 meter (m) dan berkeluasan 30 sentimeter (sm) antara dua rumah.

Kejadian dipercayai berlaku di Daerah 10 dekat Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam.

Wanita itu memberitahu dia turun ke dalam ruang tersebut menggunakan seutas tali yang diikat pada tubuhnya namun ia kemudiannya terputus menyebabkan dirinya tergelincir.

Dia terperangkap di dalam ruang yang sempit, dia cuba menjerit meminta pertolongan dalam keadaan panik tetapi jeritannya tidak didengari jiran-jiran.

“Selepas bertenang saya mencapai telefon bimbit di poket seluar dan terus menghubungi talian kecemasan 114,” katanya.

Sementara itu, Pasukan Bomba dan Penyelamat Ho Chi Minh mengambil masa hampir setengah jam bagi mengeluarkan mangsa.

“Mangsa masih sedar namun dalam keadaan lemah,” kata Kapten Panh Cong Hanh.

Thanh Hoa dikejarkan ke hospital dan kucingnya dilaporkan keluar sendiri dari ruang sempit tersebut. - Tuoi Tre News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain