suria

Digelar ‘lelaki hamil’, rupanya ada kembar tinggal bersama dalam badan selama 36 tahun

Perut Bhagat mengembung apabila usianya mencecah 20-an. -Gambar Creative Commons

LELAKI yang kelihatan seperti hamil disebabkan perutnya membuncit, rupa-rupanya mempunyai kembar yang tinggal di dalam dirinya selama 36 tahun.

Sanju Bhagat mengalami keadaan yang kelihatan seperti kembung perut yang teruk dan komunitinua di Nagpur, India menggelarkan dirinya 'lelaki hamil'.

Ketika zaman kanak-kanak, Bhagat kelihatan cergas dan sihat walaupun mempunyai perut yang lebih menonjol sedikit berbanding anak-anak sebaya dengannya.

Keadaan itu berbeza apabila usianya mencecah 20-an dan bekerja di ladang setiap hari untuk menyara keluarganya, di mana saiz perutnya melonjak kepada saiz yang membimbangkan.

Bhagat yang bersusah payah mencari nafkah, tidak menghiraukan keadaan perutnya itu dan meneruskan kerja serta bersabar dengan gurauan rakan sebaya serta kebimbangan keluarganya.

Namun pada 1999, bonjolan itu telah menekan diafragmanya sehingga dia sukar untuk bernafas, dan akhirnya dikejarkan ke hospital di Mumbai.

Dr Ajay Mehta yang terlibat dalam merawat Bhagat, segera menganggap lelaki itu menghidap tumor.

'Kembar' yang belum lahir mempunyai anggota badan, rambut dan kulit. -Gambar Creative Commons

Bagaimanapun, ketika pembedahan dilakukan ke atas perut Bhagat, didapati ia bukanlah satu barah besar, sebaliknya merupakan penemuan seorang manusia.

"Dia hanya memasukkan tangannya ke dalam dan dia berkata terdapat banyak tulang di dalamnya," kata seorang doktor, menurut History Defined.

Walaupun doktor yang terkejut pada mulanya menganggap kes pelik Bhagat adalah satu contoh 'sindrom kembar hilang', iaitu pasangan kembar meninggal dunia semasa kehamolan sebelum diserap semula, yang melihat kes itu sebagai 'janin dalam janin'.

Ia merupakan keadaan yang sangat jarang berlaku, dianggarkan terjadi hanya satu dalam setiap 500,000 kelahiran hidup dan berlaku apabila satu kembar dilahirkan di dalam yang lain.

Selepas kelahiran, kembar yang belum lahir itu hidup seperti parasit daripada adik-beradiknya, walaupun lazimnya kembar 'tuan rumah' akan menyedari sesuatu yang tidak kena lebih cepat berbanding Bhagat.

Penemuan itu mendapati terdapat anggota badan, rambut dan kulit yang di dalam diri pekerja ladang itu.

Bhagat dilaporkan cuba meneruskan hidupnya, dan tidak mengalami kecederaan. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain