suria

Lelaki jadi pengemis mampu beli flat RM600,000, kekayaan mendadak buat ramai musykil

Pengemis ini mempunyai kekayaan yang tidak tercakap dek akal.

DARIPADA mana datang kekayaan yang melimpah-ruah untuk lelaki ini?

Begitulah persoalan yang bermain dalam fikiran rata-rata penuduk Mumbai, India apabila seorang lelaki yang hanya tahu mengemis di jalanan dianggarkan memiliki kekayaan bernilai 75 juta rupee (RM4.2 juta)

Lelaki itu yang dikenali sebagai Bharat Jain sering dilihat mengemis di sekitar kota raya Mumbai.

Namun begitu, menurut laporan Economic Times, Bharat Jain merupakan pengemis terkaya berdasarkan pendapatan dan aset yang dimilikinya.

Bukan hanya mampu menanggung isteri, dua anak, abang dan ayahnya, Bharat Jain juga memiliki sebuah flat bernilai 12 juta rupee (RM678,323.29) selain dua kedai sewa.

Bharat Jain mendapat hasil pulangan hasil mengemis bulanan antara 60,000 rupee (RM3,391.62) hingga 75,000 rupee (RM4,239.52).

Tempat popular yang menjadi lokasi lelaki itu mengemis antaranya, stesen keretapi Chhatrapati Shivaji Maharaj Terminus (CSMT) atau Azad Maidan.

Disebabkan kewangan yang tidak stabil, Bharat tidak dapat melanjutkan pelajaran secara formal dan memilih mengemis untuk menyara hidup.

Dia dilaporkan sudah berkahwin dan memiliki dua anak lelaki serta menanggung adik dan bapanya.

Jain memiliki dua kedai di Thane yang disewakan pada harga 30,000 rupee (RM1,695.81) sebulan. - Hindustan Times

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain