suria

Restoran berdepan tuntutan saman selepas pengurus paksa pekerja Muslim tanggal tudung

Sebuah rangkaian restoran Mexico, Chipotle. -Gambar AP

SEBUAH restoran Mexico, Chipotle menghadapi tuntutan mahkamah yang difailkan oleh agensi persekutuan bagi pihak seorang bekas pekerja premis itu atas tuduhan bahawa sebuah cawangannya melakukan gangguan agama.

Tuntutan telah difailkan oleh Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama (EEOC) bagi pihak Areej Saifan, seorang wanita Islam yang bekerja di sebuah cawangan Chipotle di Lenexa, Kansas.

Penolong pengurus cawangan restoran itu didakwa memaksa Saifan, yang berusia 19 tahun, menanggalkan tudung berkali-kali pada 2021.

Saman itu menyatakan bahawa pada 2021, seorang penolong pengurus cawangan Chipotle di Lenexa berulang kali mengganggu pekerjanya dengan meminta gadis Muslim berkenaan mendedahkan rambut walaupun dia berulang kali menolak melakukan perbuatan tersebut.

Keadaan menjadi semakin buruk selama beberapa minggu, malah penolong pengurus tersebut secara fizikal menyambar dan menarik tudung gadis tersebut.

"Kami mempunyai dasar toleransi sifar untuk sebarang bentuk diskriminasi dan kami telah menamatkan pekerja berkenaan," kata Laurie Schalow, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat untuk Chipotle. -CNN

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain