suria

Kejam! Bapa bunuh 4 anak, mayat ditemukan di bilik tidur... Guna darah tulis mesej di dinding

Penemuan empat mayat kanak-kanak di sebuah rumah sewa. -Gambar Tribun Jakarta

SEORANG bapa didakwa membunuh empat anak kandungnya di sebuah rumah sewa.

Tragedi berdarah itu berlaku di Jagakarsa, Jakarta Selatan, Indonesia, pada Rabu lalu.

Malah, bapa berusia 40 tahun itu kemudian menulis mesej di dinding menggunakan darah.

"Puas ibu, Tx for all," tulisnya.

Pelaku didakwa membunuh empat anaknya berusia enam, empat, tiga dan setahun dengan menutup muka mereka menggunakan bantal sehingga lemas.

Penduduk menemukan mayat empat kanak-kanak yang diletakkan sebaris di bilik tidur.

Tulisan di dinding rumah menggunakan darah. -Gambar Tribunnews

Mereka kemudian menemui suspek dalam keadaan berbogel tertiarap dan tidak sedarkan diri di bilik air.

Difahamkan dia cuba membunuh diri dengan mengelar tangannya namun gagal.

Penemuan empat mangsa itu selepas penduduk di sekitar rumah sewa menghidu bau busuk yang kuat, selain terdapat banyak lalat di sekitar rumah.

Menurut Tribunnews, salah seorang penduduk berkata, bapa mangsa baru bekerja sebagai pemandu teksi.

“Masalah kewangan. Dia baru mula bekerja sebagai pemandu teksi," ujarnya pada Khamis.

Malah katanya, suspek sudah tujuh bulan tidak membayar sewa rumah yang didiami bersama isteri dan empat anaknya.

Difahamkan, suspek turut didakwa memukul isterinya sehingga mengalami kecederaan, dalam satu pertengkaran pada Ahad lalu.

Si isteri kemudian dibawa oleh ibu bapa mentua suspek untuk menerima rawatan, namun keempat-empat anak mereka tidak turut serta.

"Pembunuhan berlaku ketika semua anak tinggal bersama suspek," kata penduduk itu lagi.

Kes pembunuhan masih dalam siasatan polis. - Tribun Jatim

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain