PENONTON program televisyen Supermarkets Unwrapped meluahkan rasa jijik selepas menonton proses pembuatan sosej yang disiarkan baru-baru ini. Dokumentari yang disiarkan menerusi Channel 4 di United Kingdom (UK) itu memaparkan proses penghasilan sosej sayur di sebuah kilang di Yorkshire. Dalam penghasilan sosej berkenaan, pekerja kilang menggunakan protein sayuran bertekstur dan kemudiannya mencipta beberapa perisa untuk menjadikan rasanya seperti sosej babi. Pada masa sama, mereka turut menggunakan gel alginat dan ia diperbuat daripada rumpai laut. Larutan kalsium klorida turut digunakan dalam penghasilan sosej sayur berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak selera nak makan ‘crab stick’ selepas tahu kaedah pembuatannya, minta tukar nama jadi sosej ikan Sejurus siaran itu, penonton memberikan reaksi kurang senang mereka menerusi laman X. "Saya jarang menonton televisyen. Apabila menonton program ini, saya rasa muak lihat makanan yang dibuat. Ini bukan program yang bagus. "Jika anda mahu jadi vegan, makanlah tumbuhan sebenar, bukan makanan sintetik ini," tulis penonton. Untuk rekod, kilang itu mengeluarkan 600 batang sosej setiap hari. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube