suria

Zara tampil beri penjelasan selepas teruk dikecam, kesal ramai salah faham kempen ‘The Jacket’

Zara memuat naik kenyataannya di Instagram pada Selasa selepas teruk dikecam. -Instagram Zara

PERUNCIT pakaian dan aksesori dari Sepanyol, Zara, tampil dengan kenyataan selepas menerima kecaman hebat gara-gara melancarkan kempen 'The Jacket' yang didakwa menggambarkan genosid di Gaza, Palestin.

Menerusi hantaran di Instagram pada Selasa, Zara menjelaskan tema tersebut telah dirancang pada Julai lalu dan sesi fotografi dilakukan pada September.

Zara turut menyatakan pihaknya kesal dengan segelintir pihak kerana salah faham mengenai kempen tersebut.

Bagaimanapun, hantarannya mengundang ratusan ribu komen netizen yang tetap mengecam dan mengugut untuk memboikot jenama tersebut susulan tidak sensitif.

Jenama fesyen popular itu terpaksa menarik balik kempen iklan yang menampilkan patung dengan anggota badan yang hilang dan dibalut dengan kain putih dari halaman utama laman web dan aplikasinya pada Isnin selepas beberapa aktivis pro-Palestin menggesa agar peruncit fesyen itu dipulaukan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain