KESEDAPAN masakan para ibu pasti tiada tandingan. Seperti wanita ini, dia bertindak menyelongkar dapur milik ibunya kerana ingin mengetahui rahsia 'keunikan' hidangan pai epal yang disajikan. Berkongsi pengalaman di laman X, Sarah McGonagall terkejut apabila menemukan lebih 30 paket rempah ratus yang telah tamat tempoh. Lebih mengejutkan apabila terdapat rempah yang berusia 24 tahun di dalam simpanan ibunya. Susulan daripada itu, Sarah mengosongkan kesemua rak rempah yang terdapat di dapur ibunya dan memeriksa tarikh luput produk. Malah katanya, pek campuran koko panas yang sering diminum semasa zaman kecil turut ditemui. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warga maya. "Rempah-rempah tidak luput, tetapi ia hanya kehilangan potensi. Semua itu masih baik, anda hanya perlu menggunakan lebih banyak untuk rasa. "Dia perlu menulis semua yang dia buang supaya dia boleh membeli ganti. "Dalam membantu nenek, saya terjumpa sekotak bakul timah, dahulunya bakul timah telah dihapuskan secara berperingkat selepas Perang Dunia II," ujar beberapa warga maya. - NDTV Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube