suria

Macam drama TV! Tiga beranak bergaduh, rupanya bapa ada skandal dengan kekasih anak sendiri

Kelihatan tiga beranak bergaduh kerana si bapa rupanya menjalinkan hubungan sulit dengan kekasih anak sendiri. -Gambar Eva.vn

VIDEO yang memaparkan pergaduhan sebuah keluarga di bandar Guangzhou, Guangdong, China menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki mempertahankan seorang wanita muda yang dilaporkan merupakan teman wanita anaknya.

Situasi tegang bermula apabila isteri kepada lelaki tersebut menghalau wanita muda berkenaan yang merupakan kekasih anak mereka.

Tindakan si isteri itu berikutan dia secara tidak sengaja ternampak suaminya berkelakuan mesra dengan wanita muda berkenaan secara sembunyi.

Tidak dapat menahan kemarahan, si isteri segera menghalau teman wanita anaknya itu keluar dari rumah.

Bagaimanapun, dia dipukul oleh suami sendiri yang mahu melindungi kekasih gelapnya itu.

Pergaduhan menjadi semakin teruk apabila anak lelaki pasangan berkenaan bertindak memukul bapanya sendiri kerana marah melihat ibunya dikasari.

Situasi semakin huru-hara sehingga pihak polis terpaksa campur tangan dan menghentikan pergaduhan tiga beranak itu.

Bagaimanapun, ramai penduduk setempat sempat merakam kejadian itu dan kemudiannya memuat naik di internet.

Warga maya tampil dengan pelbagai komen, dengan rata-ratanya mengakui tidak percaya kejadian sebegitu wujud di dunia nyata, dan bukan hanya dalam drama di kaca televisyen. -Wolipop

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain