suria

Didakwa ada hubungan sulit dengan Putera William, ini jawapan mengejutkan Rose Hanbury!

Rose Hanbury menafikan segala dakwaan yang dibuat terhadapnya.

WANITA yang dikaitkan dengan Putera William sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi, Rose Hanbury tampil menafikan dakwaan mempunyai hubungan sulit bersama Putera Wales.

Penafian khabar angin tersebut dibuat selepas penampilan dan pendedahan rakaman figura Puteri Wales, Kate Middleton di khalayak ramai sejak Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman Kate, William beli-belah pula tersebar... Jalan tersenyum sambil bawa ‘shopping’ beg sendiri

Ibu kepada tiga anak itu berkata demikian menerusi peguamnya bagi meredakan pelbagai isu dan kontroversi yang berlaku mengaitkannya dengan kehilangan Kate baru-baru ini.

"Benar-benar palsu," ujarnya ringkas.

Terdahulu, spekulasi mengenai dakwaan hubungan antara Hanbury dan William bermula sejak 2019.

Namun khabar angin itu semakin mendapat perhatian ramai selepas Istana Kensington mengumumkan bahawa Puteri Wales, 42, akan menjalani pembedahan perut pada Januari.

Ketiadaan Middleton selama berbulan-bulan dalam kehidupan awam menyebabkan ramai yang membuat spekulasi tentang keadaan perkahwinannya dengan William, 41. - News.com.au

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain