suria

Wanita hamil pelik rasa air mineral tak sedap, rupanya diletak racun! Rakan sekerja mengaku salah, beri alasan bimbang bebanan kerja

Video perbuatannya menjadi tular di media sosial.

AKIBAT bimbang dibebani tugas yang banyak, seorang wanita sanggup meletakkan racun ke dalam bekas minuman rakan sekerjanya yang bakal mengambil cuti bersalin.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah syarikat awam gabungan kerajaan di wilayah Hubei, China.

Insiden itu diketahui umum selepas video kejadian tersebar dalam talian.

Menerusi klip tular, seorang wanita memakai vest hitam dilihat menghampiri meja rakan sekerjanya sambil membuka botol kecil dan menuang bahan seperti serbuk ke dalam minuman di atas meja sebelum beredar dengan cepat.

Menurut tangkap layar perbualan WeChat, situasi itu terbongkar apabila mangsa menyedari minumannya berasa pelik.

Dia pada awalnya mengesyaki bekalan air di pejabat bermasalah dan telah beralih kepada pengambilan air botol, bagaimannapun situasi tersebut tetap berlarutan.

Mengingatkan jenaka rakan yang mencadangkan seseorang mungkin telah mengganggu minumannya, dia memutuskan untuk menggunakan alat perantinya bagi merakam video di mejanya mahupun sesiapa yang menghampirinya.

Susulan tindakan yang diambil, mangsa terkejut apabila mendapati rakan sekerjanya telah meletakkan racun ke dalam minuman.

Malah rakannya itu menyatakan perbuatan tersebut kerana tidak mahu dia mengambil cuti bersalin dan bimbang tidak dapat menguruskan beban kerja yang meningkat seorang diri.

Dia kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis dan pihak berkuasa sedang menyiasat.

Insiden itu telah mendapat kecaman meluas di media sosial negara tempatan..

“Meracuni seseorang hanya kerana anda tidak mahu mereka bercuti? Adakah dia telah menonton terlalu banyak drama polis?

"Kami hanya cuba mendapatkan hak kami, mengapa berniat jahat?

“Bagaimanakah orang sebegitu berjaya melepasi peperiksaan untuk bekerja di institusi berkaitan kerajaan? Nampaknya peperiksaan hanya boleh menyingkirkan calon yang lemah dari segi akademik, bukan yang rosak akhlaknya,” ujar beberapa warga maya. - South China Morning Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain