SEORANG pelajar berusia 18 tahun dari Indore, India, maut ketika cuba membuat gurauan April Fool untuk rakan-rakannya. Dalam kejadian pada 1 April, Isnin lalu, pelajar berkenaan membuat panggilan video kononnya sedang melakukan simulasi membunuh diri. Difahamkan, pelajar tersebut berdiri di atas bangku dengan tali yang melingkari lehernya, cuba beraksi seperti mati kerana membunuh diri. Bagaimanapun, kerusi yang dipijak oleh pelajar berkenaan tiba-tiba terbalik, menyebabkan lehernya terjerut tali dan dia tergantung. Rakan-rakan mangsa yang menonton detik ngeri itu segera memaklumkan kepada keluarganya. Mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan namun diisytiharkan meninggal dunia. Polis sedang melakukan siasatan lanjut ke atas kes berkenaan. -Indiatoday Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube