SEORANG lelaki berusia 40 tahun dari Tuscany, Itali rela 'melabur' wang untuk menjalani pembedahan berulang kali demi membesarkan alat kelaminnya. Lelaki tersebut dilaporkan telah melakukan sebanyak 13 kali pembedahan bagi tujuan berkenaan. Bagaimanapun, prosedur tersebut gagal menepati kehendaknya apabila dia bukan sahaja tidak mendapatkan bentuk alat kelamin yang diingin, malah berakhir dengan mati pucuk. Difahamkan, lelaki itu sudah menghabiskan sejumlah $5,400 (RM25,758) untuk prosedur berkenaan. Kegagalan operasi pembedahan tersebut membuat lelaki berkenaan mengheret doktor ke mahkamah. -Odditycentral Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube