suria

Enggan bayar servis, mak nyah pecut motor serang pelanggan! Siap baling botol kaca tepat kena bibir!

Saksit bertindak ganas kerana pertikaian mengenai bayaran perkhidmatan seks.

SEORANG mak nyah ditahan oleh polis Thailand selepas dia mencederakan seorang lelaki warga asing di sebuah bar di Pattaya pada minggu lalu.

Pekerja bar itu, Chomphu, 33, membuat laporan polis ke atas mak nyah yang dikenali sebagai Saksit Wichaikattaya, 26, selepas dia membuat kekecohan di premis hiburan berkenaan.

Menurut Chompu, mak nyah itu datang ke premis berkenaan dengan sebuah motosikal, kira-kira pukul 3.50 pagi pada 16 April.

Dia memecut laju dan secara tiba-tiba dia membaling botol kaca ke arah pelanggan warga asing yang duduk di dalam premis itu, menyebabkan bibir mangsa terbelah.

Tindakan ganas itu mendorong pelanggan lain, khususnya warga asing, mengosongkan premis dan seterusnya berkongsi pengalaman negatif mereka yang mengakibatkan kerugian kewangan kepada bar tersebut.

Chomphu menggesa polis untuk segera menangkap suspek, menekankan bahawa kejadian itu mencemarkan reputasi sektor pelancongan di Pattaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakar jenayah syak mak nyah bunuh 3 pelacur kerana cemburu, wajah mangsa lebih cantik

Menggunakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bar itu, polis akhirnya berjaya mengenal pasti suspek dan menahannya pada Ahad.

Saksit mengaku menyerang warga asing itu secara fizikal dan mendakwa dia bertindak ganas kerana pertikaian mengenai bayaran perkhidmatan seks.

Menurut Saksit, lelaki warga asing itu meminta dia memberikan khidmat seks kepada seorang rakannya

Namun, lelaki warga asing itu memberitahu rakannya supaya tidak membayar perkhidmatan berkenaan.

Saksit berkata dia marah dan memutuskan untuk melakukan kekerasan pada malam itu.

Dia berdepan denda sehingga 5,000 baht (RM647) di bawah Seksyen 397 Undang-undang Jenayah, yang berkaitan dengan gangguan kepada orang lain. - Thaiger.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan