suria

Pelajar 17 tahun nekad gantung diri, sehari sebelum ambil nyawa sempat mengadu masalah pada ibu

Tekanan akibat pelbagai masalah menjadi antara punca segelintir individu nekad mengambil nyawa sendiri. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar di Kota Gunungsitoli, Sumatera Utara, Indonesia nekad mengambil nyawa sendiri dengan menggantung diri, dipercayai kerana menghadapi masalah di sekolah.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Nias, Osiduhugo Daeli, kejadian yang berlaku pada Selasa lalu disedari oleh ibu mangsa yang mahu mengejutkannya di bilik.

"Ibu mangsa mengetuk pintu bilik tidur, namun tiada tindak balas. Kemudian dia cuba mengintai melalui ruang pengudaraan pintu bilik tidur, didapati anaknya sedang tergantung," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri panggilan tidak berjawab, rupanya pelajar IPT gantung diri selepas bertengkar dengan ibu

Tambah Osiduhugo, hasil pemeriksaan perubatan mendapati tiada tanda-tanda kekerasan ditemui pada mayat pelajar berusia 17 tahun itu.

Osidihugo berkata, pihaknya masih menyiasat punca kematian mangsa.

Bagaimanapun berdasarkan keterangan keluarganya, sehari sebelum kejadian, mangsa memberitahu dia menghadapi masalah di sekolah kepada ibunya.

"Ibu mangsa berkata, anaknya memberitahu menghadapi masalah di sekolah. Apabila ditanya tentang masalah tersebut, mangsa tidak memberitahu lebih lanjut," ujarnya.

Tambahnya lagi, keluarga mangsa juga menolak untuk melakukan bedah siasat ke atas mayat.

Sebagai peringatan, perbuatan membunuh diri adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam. -Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain