suria

Rumah tangga hancur angkara mentua buat onar, bapa sambut kepulangan anak perempuan dengan majlis kenduri

Suasana meriah apabila wanita yang baru bercerai tiba di rumah keluarganya.

SEORANG bapa meraikan dengan penuh kemeriahan kepulangan anak perempuannya ke rumah mereka di Kanpur, negeri Uttar Pradesh, India.

Difahamkan anak perempuannya itu baru bercerai dengan suami kerana pergolakan rumah tangga.

Bapa yang dikenali sebagai Anil Kumar itu berkata anak perempuannya dihantar pulang ke rumah selepas perceraian mereka disahkan.

Bagi meraikan momen yang ditunggu-tunggu itu, Anil mengupah kumpulan muzik gendang untuk menyambut ketibaan anak perempuannya.

Anak perempuannya yang bernama Urvi, 36, itu merupakan seorang jurutera di Lapangan Terbang Palam, New Delhi, India.

Dia berkahwin dengan bekas suaminya yang merupakan seorang jurutera komputer pada tahun 2016, pasangan itu kemudiannya tinggal di Delhi dan mempunyai seorang anak perempuan.

Namun terdapat ura-ura yang mendakwa mentua Urvi sering mengganggu rumah tangganya dengan suami kerana masalah hantaran perkahwinan yang tidak dipersetujui.

Masalah itu yang semakin melarat menyebabkan Urvi terpaksa memfailkan perceraian di mahkamah.

“Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan hubungan kami selepas diseksa, dipukul dan diejek selama lapan tahun.

"Tetapi akhirnya saya menyerah kalah,” ujar Urvi. - Newsx

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain