SATU perkara yang di luar kebiasaan! Begitulah kisahnya apabila seorang wanita di Banjarmasin, Indonesia mendedahkan dirinya memiliki kubur sendiri walaupun masih lagi bernyawa. Perkongsian yang dimuat naik di platform TikTok itu menjadi tular dan mengundang perhatian netizen yang berasa aneh. Menerusi perkongsiannya, wanita bernama Laila itu dilihat menziarahi sebuah kubur sambil membawa bunga di tangannya. Ternyata kubur yang dikunjungi Laila itu bukanlah kubur jenazah, ia sebaliknya menempatkan tangan kanannya yang telah putus. Difahamkan sebelah tangan Laila putus akibat kemalangan di tempat kerjanya iaitu sebuah kilang. “Kubur ini satu tempat dengan kubur ibu saya dan keluarga belah ibu. Kalau kubur ayah tempatnya berbeza,” kata Laila yang juga anak yatim piatu. Meskipun dia kehilangan satu tangan, Laila masih bersemangat dalam menjalani kehidupan dan berharap perkongsian tersebut dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai. - Tribunjatim.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube