UNDANG-UNDANG Kesejahteraan Ibu dan Anak yang diluluskan Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI), mendapat pelbagai respon positif pekerja wanita. Bukan itu sahaja, mereka turut menuntut supaya gaji penuh diberikan sepanjang tempoh cuti materniti berkenaan. Memetik laporan Kompas, salah seorang pekerja menyatakan tempoh tersebut membolehkan para ibu memberikan susu ibu sepenuhnya kepada bayi yang baru lahir. Malah dia menyifatkan cuti berkenaan sebagai tempoh penyusuan eksklusif kerana bayi yang baru dilahirkan perlu diberikan susu ibu sepenuhnya sehingga berusia enam bulan. Seorang lagi pekerja wanita berkata, cuti tiga bulan seperti yang dilaksanakan sebelum ini menyebabkan kebanyakan para ibu tidak dapat memenuhi kewajipan memberikan susu seperti yang disarankan. Terdahulu, Undang-Undang Fasa 1,000 Hari Pertama Kehidupan dikuatkuasakan selepas dipersetujui dalam Persidangan DPR RI yang diketuai Maharani di Jakarta, pada Selasa. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube