suria

Remaja maut di ruang tamu! Adik tidur bersama mayat abang, sempat selimutkan sebab ‘sejuk’

Orang ramai berkumpul di luar kediaman keluarga mangsa. Foto Kompas.com/Imron Hakiki

SEORANG remaja berusia 19 tahun ditemukan meninggal dunia di ruang tamu rumahnya, pada Jumaat.

Berdasarkan siasatan awal, polis menemui kesan lembam pada mata dan bibir mangsa.

Bagaimanapun, polis hanya mengetahui punca sebenar kematian mangsa selepas bedah siasat dijalankan.

Selain itu, polis turut menerima maklumat bahawa telefon bimbit mangsa telah hilang.

Kejadian berlaku di Desa Urek Urek di Malang, Jawa Timur di Indonesia.

Mayat mangsa pertama kali ditemukan oleh adiknya yang masih bersekolah rendah.

Bagaimanapun, adik mangsa tidak mengetahui abangnya telah meninggal dunia malah turut tidur bersebelahan dengan mayat mangsa.

Dia kemudian memegang mangsa dan merasakan badan abangnya sejuk sebelum selimutkan abangnya serta tidur bersama.

Menurut ibu mangsa, dia menyangka anaknya yang terbaring di ruang tamu sedang tidur.

Bagaimanapun, ibu mangsa kemudian mendekati dan memegang badan mangsa yang didapati sejuk, pada sebelah petang.

"Ibu menyangka mangsa tidur selepas dua hari tidak pulang ke rumah. Ini kerana ibunya mengalami masalah penglihatan.

"Sejurus mengetahui anaknya telah meninggal dunia, ibu mangsa menjerit sehingga menyebabkan jiran-jiran datang ke rumah," kata pegawai Kampung Urek-Urek, Sulaiman Arif, pada Jumaat. -Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain