SEKUMPULAN penduduk digemparkan dengan insiden satu mayat 'terbang' selepas ia didapati tercampar keluar dari belakang sebuah van. Kejadian itu disedari seorang lelaki yang sedang memandu apabila dikejutkan dengan penemuan jasad di tengah jalan raya. Lelaki yang enggan dikenali itu menyangka melanggar jasad, namun kemudian mendapati mayat itu sebenarnya sudah berada di atas jalan. Kejadian berlaku di Stalowa Wola, Poland. Susulan itu, sebuah rumah pengebumian yang berpangkalan di Stalowa Wola bertanggungjawab terhadap insiden itu dan membuat permohonan maaf. ARTIKEL BERKAITAN: “Kalut nak pergi mana?” – Lelaki tak puas hati van jenazah dipandu laju, sindir ‘penumpang’ sudah meninggal ARTIKEL BERKAITAN: Van jenazah terasa berat, pemandu beranikan diri berhenti di Gua Musang... Tiba-tiba ‘ditegur’ suara garau dari ruang keranda Mereka mendakwa pintu belakang van yang membawa jasad mengalami kerosakan menyebabkan ia terbuka. “Dengan rasa dukacita, kami memaklumkan bahawa akibat kegagalan teknikal yang tidak dijangka pada kunci pintu belakang van jenazah, semasa membawa si mati, satu kejadian malang berlaku yang tidak mencerminkan piawaian tinggi syarikat kami. "Kami mengakui kesilapan dan bertanggungjawab sepenuhnya di atas apa yang berlaku. Kami akan melakukan yang terbaik dan memperbaiki kesilapan bagi memastikan insiden seperti ini tidak berulang pada masa depan," katanya. Rumah pengebumiaan itu turut menjelaskan pemandu van jenazah pada kejadian itu adalah pekerja berpengalaman. - Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube