SEORANG pemuda orang kurang upaya (OKU) yang tidak mempunyai kedua-dua tangan menjadi menjadi topik hangat dalam kalangan netizen selepas dia didakwa melakukan serangan seksual. Ia susulan beberapa wanita membuat laporan polis mengenai suspek, I Wayan Agus Suartama atau kini dikenali sebagai Agus Buntung (kudung). Dilaporkan seramai 13 wanita didakwa menjadi mangsa Agus di wilayah Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia. Kes yang mula disiasat sejak Oktober 2024 ini menimbulkan banyak tanda-tanya dalam kalangan netizen terutama persoalan bagaimana dia melakukan serangan seksual meskipun tidak mempunyai kedua-dua belah tangan. Berikut adalah kronologi kisah Agus yang menjadi suspek kes gangguan seksual: Kes gangguan seksual oleh Agus mula didedahkan pada 7 Oktober lalu selepas seorang pelajar perempuan melaporkan kepada polis bahawa dia menjadi mangsa lelaki OKU berkenaan. Susulan itu, pasukan polis mula menjalankan siasatan dan Pengarah Siasatan Jenayah Am Polis Wilayah NTB kemudian menamakan Agus sebagai suspek. ARTIKEL BERKAITAN: Nak buka baju, seluar sendiri pun tak boleh... Lelaki kudung dua tangan hairan dituduh rogol pelajar Agus yang diketahui mempunyai kecacatan tanpa mempunyai kedua-dua belah tangan bagaimanapun mendakwa tuduhan terhadapnya adalah fitnah. Agus (kiri) dibawa untuk membantu siasatan kes cabul. Foto Antara Bagaimanapun hingga kini sekurang-kurangnya 13 mangsa tampil bersuara dengan mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual Agus. Menurut pengakuan mangsa, Agus melakukan perbuatan itu di sebuah homestay di NTB. Pada masa ini, polis menjalankan siasatan dan menerima keterangan daripada beberapa saksi dalam kes gangguan seksual itu. Selepas menerima maklumat daripada beberapa saksi daripada pihak homestay, polis mendedahkan Agus telah beberapa kali mengunjungi homestay tersebut yang menjadi lokasi dia melakukan perbuatan terkutuk itu. Pasukan polis juga mendedahkan bahawa Agus membawa sekurang-kurangnya antara empat hingga lima wanita berbeza ke homestay sepanjang tahun lalu. Ini sekali gus menguatkan lagi dakwaan bahawa Agus memang melakukan gangguan seksual. Menurut saksi, mangsa yang datang bersama Agus tidak kelihatan menunjukkan sebarang tingkah laku pelik atau mencurigakan. Menurut pakar psikologi, Agus dipercayai memperdaya mangsa dengan memanipulasi emosi. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube