SEORANG kanak-kanak berusia 12 tahun parah selepas dipukul beramai-ramai gara-gara dituduh mencuri seluar dalam. Kuku kaki mangsa bukan sahaja dicabut, malah patah hidung dan mengalami lebam di muka. Kejadian berlaku di Wonosegoro, Boyolali di Jawa Tengah, Indonesia. Insiden berlaku apabila bapa mangsa dipanggil bersama anaknya untuk memberi penjelasan berhubung tuduhan itu di hadapan penduduk kampung. Apabila keadaan menjadi tegang, bapa mangsa cuba melindungi anaknya namun ditarik penduduk sebelum dipukul beramai-ramai. Difahamkan, kuku jari kaki mangsa dicabut menggunakan playar. Susulan itu, polis menahan lapan individu yang didakwa terlibat dalam penganiayaan kanak-kanak tersebut. Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan. Sebagai peringatan, segala bentuk keganasan dan penderaan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube