SEORANG lelaki yang mengalami kecederaan ketika bercukur akhirnya dibayar pampasan bernilai $6,250 (sekitar RM28,116) daripada syarikat pengeluar pisau cukur yang dibelinya.
Nick Silverthorn, 48, dari London, membeli pisau cukur jenama sebuah pasar raya dari salah satu cawangan berhampiran lokasi tempat tinggalnya.
Tetapi apabila menggunakannya untuk kali pertama, mata pisau cukur berkenaan mencederakan pipinya sehingga luka.
Nick berkata dia mendapati salah satu mata pisau cukur tertanggal dan percaya ia telah rosak sebelum digunakannya.
Mengalami trauma dan tidak mahu perkara sama berlaku kepada orang lain, Nick memutuskan untuk menyaman syarikat pengeluar pisau cukur itu.
"Pipi saya berdarah selama lebih 20 minit. Saya mengambil tindakan untuk melindungi orang lain supaya tidak senasib seperti saya.
"Ini adalah kesalahan yang serius. Ia adalah soal prinsip untuk membawa nama besar (syarikat) ke pengadilan. Saya melakukannya dan menang," katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube