SEORANG ahli perniagaan ditemukan mati dalam keadaan mencurigakan di sebuah bilik hotel, pada Isnin.
Memetik laporan Indiatoday, mayat mangsa ditemui dalam keadaan bogel oleh pihak pengurusan hotel yang kemudiannya melaporkan perkara berkenaan kepada polis.
Difahamkan, mangsa mendaftar masuk ke hotel yang terletak di Lucknow, India itu bersama seorang rakan wanita, dua hari sebelum mayatnya ditemukan.
Polis berkata punca kematian mangsa masih belum dapat dipastikan dan mayat telah dihantar untuk bedah siasat.
"Siasatan awal tidak menunjukkan tanda-tanda kecederaan pada mayat. Keluarga si mati telah dimaklumkan, dan bukti sedang dianalisis untuk menentukan punca kematian, yang masih tidak jelas pada peringkat ini," kata jurucakap polis.
Polis turut mengambil keterangan kakitangan dan pengurusan hotel bagi membantu siasatan.