SEORANG wanita kehilangan hidung selepas diserang anjing peliharaannya pada pertengahan Januari lalu. Anjing jenis Catahoula Leopard yang diberi nama King itu bertindak ganas dengan mengigit dan menggoncang hidung wanita berusia 31 tahun itu tanpa belas. Mangsa tidak menyangka anjing yang dipeliharanya sejak 11 tahun lalu itu bertindak ganas dan ia merupakan pertama kali dia diserang. "Anjing-anjing ini membesar bersama dan saya memelihara mereka lebih sedekad. Mereka ibarat anak-anak saya. Keadaan hidung Shayna Crimo sebelum diserang (kiri) dan selepas menjalani pembedahan. - TikTok "Adakah saya mahu mematikan King? Sudah tentu tidak. Saya lebih sanggup tinggal di rumah sepanjang hayatnya dan tidak pergi ke mana-mana. Cuma saya hanya perlu lebih berhati-hati. "Saya tahu King tidak suka diganggu pada waktu malam, itu adalah sempadan yang saya hormati selama hampir 11 tahun, sebab itu tidak ada serangan yang berlaku sebelum ini," katanya. Kejadian itu berlaku di kediamanya di Nevada, Amerika Syarikat. Menurut mangsa, dia baru sahaja menjalani pembedahan pertama dan perlu melalui beberapa prosedur lagi untuk mengambalikan semula hidungnya. "Berbulan-bulan saya tidak bekerja dan perlukan terapi yang serius. Saya berasa sangat tidak berdaya untuk diri sendiri," katanya. - Agensi.