SEORANG wanita akan dibicarakan buat kali kedua selepas dia dijatuhi hukuman kerana mencederakan lelaki yang cuba merogolnya.
Wanita warga emas Korea Selatan berusia 78 tahun itu mahu menuntut keadilan atas hukuman yang diterimanya kira-kira 60 tahun lalu.
Dalam kejadian ketika dia berusia 18 tahun, wanita itu menggigit lidah seorang lelaki untuk mempertahankan diri.
Bagaimanapun, mahkamah ketika itu mendapati dia bersalah kerana mencederakan orang lain dengan sengaja.
Wanita tersebut dijatuhi hukuman penjara 10 bulan, tetapi hukuman itu ditangguhkan selama dua tahun.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik kembar bergilir-gilir rogol remaja 16 tahun... Ajak sekali kawan bakal pengantin, calon tunang orang!
Sementara itu, lelaki yang cuba merogolnya hanya dipenjara enam bulan selepas menerima penggantungan hukuman selama dua tahun.
Menurut The Korea Herald, mahkamah berperanan sebagai 'orang tengah' yang menyatukan mangsa rogol dengan perogol pada era 1960-an dan 1970-an di Korea Selatan.
Selepas lama menderita dengan hukuman yang dianggap tidak adil, mangsa berjuang untuk memastikan kes itu disemak semula.
Mangsa mendapatkan bantuan sebuah kumpulan dan melakukan beberapa percubaan sejak tahun 2020 untuk membuka semula kes itu.
Atas bantuan kumpulan itu, Mahkamah Agung akhirnya mengarahkan Mahkamah Tinggi Busan untuk meneliti semula kesnya. - Agensi.