MAYAT seorang lelaki ditemukan di tepi reban ayam berdekatan sebuah vila dengan wajahnya berlumuran darah, dipercayai dibunuh.
Menurut polis, mayat mangsa ditemukan oleh rakannya pada petang Ahad dan bertindak memaklumkan penduduk yang seterusnya menghubungi polis.
Ketua Perhubungan Awam Polis Pasuruan, Iptu Joko Suseno berkata, mangsa yang berusia 55 tahun itu merupakan penjaga Vila Sampurna yang terletak di Kampung Tawangrejo, Pasuruan, Jawa.
Mangsa didakwa dibunuh berdasarkan kecederaan yang ditemui pada mukanya, kata beliau.
Iptu berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bhayangkara untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca kematian.
Pihak polis turut menemui sepasang seluar berwrna kuning air, jaket hijau, dan selipar di tempat kejadian.
Kes masih dalam siasatan lanjut oleh pihak berkuasa, ujarnya. -Agensi