SEORANG wanita mendakwa dia pernah dirogol oleh bapa saudaranya ketika berusia enam tahun.
Lebih mengejutkan, wanita berusia 27 tahun itu mendakwa ibunya hanya berdiri dan menyaksikan kejadian tersebut.
Dalam keterangan di sebuah mahkamah di Ireland, wanita itu berkata dia juga pernah dicabul oleh ibunya sejak berusia 15 tahun.
Kini, ibu mangsa, bapa saudaranya serta seorang lagi lelaki berdepan 21 pertuduhan serangan seksual dan rogol.
Kesemua kejadian itu didakwa berlaku di kediaman keluarganya di Co. Mayo.
Menurut wanita itu, dia menetap bersama datuk, nenek, ibu saudara, bapa saudara dan ibunya.
Ibunya yang berusia 51 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas 13 pertuduhan melakukan serangan seksual dan satu pertuduhan merogol.
Bapa saudaranya dan seorang lagi lelaki juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rogol itu.
Mahkamah menetapkan satu tarikh lain untuk menyambung semula perbicaraan kes itu. - Agensi.