SEORANG lelaki berusia 28 tahun maut selepas menelan paket plastik berisi dadah sintetik Methylenedioxyamphetamine (MDMA), ketika cuba melarikan diri daripada pihak polis.
Kejadian berlaku pada Jumaat selepas pihak polis Kozhikode, India menerima maklumat daripada penduduk tempatan mengenai kegiatan penyeludupan dadah di kawasan tersebut.
MDMA atau lebih dikenali sebagai pil ekstasi, merupakan sejenis dadah perangsang yang boleh menyebabkan halusinasi kepada penggunanya.
Dalam usaha melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis, lelaki tersebt bertindak menelan paket plastik berisi dadah yang dibawa bersamanya.
Dia memberitahu polis dan segera dibawa ke Hospital Besar di Thamarassery untuk menerima rawatan.
Bagaimanapun, dia dipindahkan ke Kolej Perubatan Kozhikode di mana doktor mengesan bungkusan plastik dalam perutnya.
Pihak doktor segera mencadangkan pembedahan untuk mengeluarkan paket tersebut namun lelaki berkenaan dilaporkan enggan bersetuju dengan prosedur itu.
Lelaki tersebut akhirnya menghembuskan nafas terakhir akibat mengalami komplikasi, pada pagi Sabtu. -Agensi