SEORANG lelaki ditemukan mati dalam keadaan ngeri dengan sekeping nota misteri yang berlumuran darah di sebelah mayatnya.
Mangsa yang dikenali sebagai Celso Marques Ferreira, 60, ditemukan di bandar Peruíbe, sebuah pusat peranginan di selatan São Paulo, Brazil.
Pemeriksaan ke atas mayat mendapati jantung lelaki itu hilang daripada badannya, malah kemaluan mangsa turut dipotong.
Nota yang berlumuran darah di lokasi kejadian menyatakan mangsa dibunuh oleh seorang individu dikenali sebagai Gringa.
Sebilah pisau dengan kesan darah kering turut dijumpai di lokasi kejadian.
ARTIKEL BERKAITAN: Bergaduh kerana permainan ‘online’, tiga remaja tergamak tikam rakan hingga mati
Hasil siasatan polis membawa kepada penahanan seorang suspek wanita dikenali sebagai Josefa Lima de Sousa.
Ketika berada dalam tahanan polis, suspek mengaku melakukan jenayah tersebut kerana mangsa pernah mendera kanak-kanak.
Lebih mengejutkan, suspek mengaku telah memasak dan memakan jantung serta kemaluan mangsa.
Pihak berkuasa Brazil kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu. - Agensi.