POLIS mengesahkan doktor obstetrik yang disyaki melakukan gangguan seksual ke atas seorang pesakit wanita hamil sudahpun ditangkap.
Pengarah Siasatan Jenayah Polis Wilayah Jawa Barat, Pesuruhjaya Kanan Surawan berkata, tangkapan dilakukan selepas video aksi doktor berkenaan menjadi tular di media sosial.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati dua individu disyaki menjadi mangsa gangguan seksual doktor tersebut.
Pada Selasa, warga maya dikejutkan dengan penularan video memaparkan aksi seorang doktor mencabul pesakit wanita ketika membuat pemeriksaan kehamilan.
Kejadian dipercayai berlaku di sebuah klinik kesihatan swasta di Garut, Jawa Barat, pada 20 Jun tahun lalu.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Daerah Garut, Leli Yuliani berkata, suspek didakwa meramas bahagian dada mangsa saat melakukan pemeriksaan kehamilan menggunakan Ultrasonografi (USG).
Namun begitu, suspek dikatakan tidak lagi bertugas di klinik kesihatan tersebut, mahupun mana-mana cawangan klinik di Garut sejak awal 2025.
Sementara itu pengurus klinik swasta berkenaan, Dewi Sri Fitriani, mendedahkan pihaknya pernah menerima aduan gangguan seksual daripada pesakit yang mendakwa dicabul suspek.
Pihak klinik kemudian bertindak memasang kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis sehingga akhirnya aksi tidak senonoh suspek berjaya dirakam.
Difahamkan kes tersebut kini dalam siasatan polis. -Agensi