DUA lelaki ditahan selepas didakwa memperdaya beberapa pelajar sebuah kolej kejuruteraan swasta sebelum mengugut untuk menyebarkan video aib mereka.
Tidak cukup dengan itu, kedua-dua suspek yang berasal dari Bhopal, India turut memaksa mangsa untuk menukar agama dan berkahwin dengan mereka.
Salah seorang mangsa berusia 19 tahun tampil membuat laporan terhadap rakannya, Farhan, yang didakwa merogol dan merakam video sulit tersebut.
Rakannya, Sahil, turut terlibat dan dikatakan menyerang rakan-rakan mangsa, termasuk seorang individu bawah umur.
Polis menahan kedua-dua suspek dan mengesan video bukti di telefon mereka.
Pasukan Penyiasatan Khas (SIT) ditubuhkan, dan lebih ramai mangsa serta suspek dikenal pasti.
Khidmat kaunseling turut disediakan kepada mangsa bagi membantu mereka berdepan tekanan dan stigma sosial. -Agensi